Isnin, 6 Februari 2012

Aku yang merasakan diri yang HEBAT.

Kita yang HEBAT itu.

Bismillahirahmanirahim. HEBAT. Ada kisah waktu naik bas untuk balik rumah dari sekolah sebab ambil buku teks tingkatan 5 masa tu bulan 12 tahun 2010. Ada seorang pakcik menyapa aku ,bertanyakan bas tu nanti berhenti dekat mana. Pada mulanya aku ingat pakcik ni orang Indonesia sebab dialek dia lebih kurang sama je, rupanya dia orang Sabah. Manager balak dekat kampung sebelah aku. Kaya la tu. Entah macam mana , aku dan pakcik ni boleh bersembang. Pakcik ni tanya aku nak jadi apa, aku jawab aku nak jadi cikgu. Dia kata baguslah, lepas tu dia cerita pasal keluarga dia. Aku  bangga juga dengar kisah anak-anak dia yang berjaya. Yang paling aku tak boleh jangka , pakcik tu siap telek muka aku , biasala muka aku lain sikit dari orang lain, muka aku ni terlebih manis sebab orang lain biasanya ada satu tahi lalat, yang aku ni ada 2. Satu sebelah kanan bawah bibir, satu lagi dekat pipi kiri. Memang lain sangat. Dan untuk pengetahuan aku memang tak suka dengan diri aku pada mulanya.
Pernah ada ustaz masuk kelas aku , dia niatnya nak buat lawak dan bergurau je tapi gurau dia tu buat meleleh air mata aku keluar. Waktu aku dah menyentap la sebab dia buat gurauan pasal tahi lalat aku. Malu pun ada tapi ustaz minta maaf dekat aku dan dia menjadi antara cikgu fevret aku,nama ustaz tu ustaz zaki. ....cerita baru nak start.
Dalam keluarga aku, aku sorang je ada tahi lalat dan kakak-kakak aku kulit diorang kira cerah and licin la juga. Mak aku kulit cerah dan kurus orangnya. Waktu muda , pergh cantik... makan jamu la katakan. Kalau tak cantik takkan la abah menjadikan ibuku suri hatinya. Aku ni baka abah aku, kulit aku hitam manis, hidung pesek tapi Allah dah cipta maka jadilah aku hamba yang bersyukur. Okey apa hidung pesek,Al Khansa tu hidung pesak gak,tapi ramai yg nak, lepas tu antara bidadari syurga tu...
Aku pernah tanya mak aku,”mak ,kenapa adik ada tahi lalat? Orang lain takdapun”. Aku sedih sebab penampilan aku. Waktu aku darjah 2 sampai darjah 6, aku seorang yang berbadan gempal,gemuk dan tembam sebab aku kuat makan. Walaupun aku berpenampilan tidak berapa cantik , tapi ada sesuatu dalam diri aku, yang aku tahu aku ada iaitu KEBERANIAN. Aku berani untuk berhadapan dengan khalayak ramai sebab waktu sekolah rendah, aku selalu masuk pertandingan bercerita,masuk tilawah,masuk nasyid,main bola jaring. Masuk tilawah memang la aku takkan menang sebab tok guru aku selalu perli aku. Kalau masuk bercerita paling koman dapat no 2 je...dah juaranye mesti la hebat daripada aku. Bola jaring tu, aku jd Goalkeeper je, budak tembam macam aku ni dulu mana boleh lari-lari sangat. Aku bab lari-lari aku fail, kalau kat sekolah rendah asyik dapat no last je. Sekolah rendah aku sekolah paling kurang murid. Satu darjah hanya ada satu kelas. Kelas aku Cuma ada 24 orang. Budak darjah lain pun standard bilangan macam kelas aku juga. Masuk sekolah menengah je, aku lumba lari tak dapat no last dah sebab ada ramai murid yang seangkatan dengan aku..hehehe.
Mungkin Allah tak beri kelebihan untuk aku lebih cantik fizikal dan paras daripada yang lain, tapi Allah beri aku sesuatu yang lebih daripada cantik itu. Kekuatan, minda positif, yang paling penting aku ada kehebatan aku sendiri. Dan aku gunakan kehebatan aku untuk mencantikkan hati aku. Aku tak malu untuk katakan aku hebat, kerana kata-kata itu adalah doa. Aku tak juga jelek dengan diri aku kini, kerana setiap yang Allah kurniakan kepada aku terkandung hikmah yang tersendiri. Aku lebih suka untuk bersangka baik, kerana dengan bersangka baik itu memaniskan hati yang tawar.
Semakin aku meningkat dewasa, pemikiran aku semakin berkembang. Pernah aku pergi satu kem ni, kawan aku tanya aku tak segan ke sebab aku ni lain daripada orang lain . aku jawab tak sebab aku pun manusia sama dengan mereka walaupun dalam hati aku, aku terasa dengan pertanyaan mereka ,but at least terasa aku tak lama, aku boleh go on. Ilmu tu untuk dicapai, sebab aku berani dan aku yakin aku boleh , aku boleh jadi presiden untuk satu kem kelab setia peringkat negeri Perak walaupun waktu tu ada juga budak tingkatan 5 dan 6 yang lebih tua daripada aku.So, kalau aku boleh, kamu semua atau kita pun boleh. Aku ni budak perempuan, mana pergi leader2 lelaki gamaknye. Naib Presiden aku baru la budak lelaki tingkatan 3. Nama dia agak panjanh Muhammad Amirul Amir ...ntah panjang sangat nama dia...huhu
Okey la sambung cerita pakcik yg telek muka aku, dia tengok aku ni ada tahi lalat, dia kata suatu hari nanti aku akan jadi seorang yang HEBAT. Aku senyum la sorang-sorang. Tak tau la boleh percaya ke tak tapi jauh dalam sudut hati aku, andai aku menjadi orang-orang yang berusaha, kelak kehebatan dan kejayaan itu bakal menjadi milikku...aku ingat nama pakcik tu AZLI. Sejak hari tu aku dah tak terserempak dengan dia sebab aku dah tak naik bas pergi mana2 , naik tingkatan 5 dengan beraninya aku pergi sekolah sorang2 naik motor dari pukul 6.50 pagi. Sekolah dengan rumah aku lebih kurang lebih 14 kilometer la jugak. Ada je sekolah kat kampung sebelah  tapi aku sejak tingkatan 1 dah sekolah dekat pekan sungai siput, SMK Tok Muda Abdul Aziz. Lama2 jadi biasa , dah berani untuk pergi mana2 sampai boleh pergi jalan2 dekat Kuala Kangsar sampai emak aku tak tahu. Ha yang tu jangan tiru perangai aku.
I thanked to Allah because Allah gave me courages. Keperasanan adalah asas keyakinan, keyakinan asas kejayaan, deduksinya, keperasanan asas kejayaan. Hehehe. Biarlah apa moto mahupun prinsip dalam hidup , aku yang bergelar muslimah dan umat Islam ini, teramat yakin, umat Islam umat yang hebat, umat ini adalah umat yang terbaik yang pernah dilahirkan.  Setiap orang Allah berikan kelebihan masing-masing, kelebihan aku adalah untuk berminda positif, dulu mungkin aku jelek dengan penampilan aku, tapi lepas aku kenal erti ISLAM yang cantik tu, kejelekan itu hilang, bila aku sarungkan diri ini dengan pakaian taqwa, dengan pakaian seorang muslimah, menutup aurat, dan aku ketika itu menjadi antara orang-orang yang tenang hatinya.
Well, i am not a religion people, mak abah aku bukan orang agama, walaupun mak dan kakak aku tak pakai tudung labuh, tapi aku tetap berani untuk pakai tudung labuh sebab aku kan HEBAT, kalau dah betul aku buat, tak salahkan. Berani biarlah bertempat, kerana kehebatan  berlandaskan keberanian yang sewajarnya.
Tahi lalat aku ni pemanis muka,sekarang aku dah tak gemuk, dah kurus sikit hasil aku duduk asrama ,jalan kaki, dan naik basikal pergi sekolah dulu. Aku tak bercerita untuk takbur, aku bercerita untuk aku sematkan kenangan lalu, tak gah mana tapi sekurang-kurangnya aku ada asas kehidupan. Kita semua hebat, kita semua akan jadi hebat apabila kita berminda positif.
Aku diangkat menjadi pemimpin, tapi sebaik pimpinan dari kalangan lelaki, aku akui fitrah aku sebagai seorang perempuan. Aku bukan wanita lagi, aku masih remaja perempuan yang memupuk diri menjadi seorang yang matang, fitrahnya aku hanya mahu jadi pemimpin rumah tangga dan anak-anak suatu masa kelak. Sekarang ni dalam proses pembelajaran..
Selamat menjadi Orang yang HEBAT UNTUK SEMUA SAHABAT-SAHABATKU.

Cerita banyak lagi, nanti-nanti aku sambung la..k... wassalam.

6/2/2012
8.18 PM
KUALA LUMPUR.

Jumaat, 3 Februari 2012

Mari Sayang Ibu.. Khas untuk anak-anak

Ibuku yang solehah.

Sejak kecil lagi , emak jaga saya, berikan kasih sayang, pakai makan dijaganya, ajarkan saya solat, hantar saya mengaji dekat rumah jiran belakang sebab emak tahu,bila emak ajar saya, saya akan lebih memberontak . Sejak kecil lagi emak jaga saya. Buktinya, setiap kali emak pergi belajar menjahit, emak akan bawa saya ikut sama. Kami pergi jalan kaki sama-sama, emak dukung saya. Bila saya umur 3-4 tahun mak akan bawa saya naik basikal, saya duduk dekat belakang, emak kayuh basikal. Emak akan bawa saya ke mana saja dia pergi. Sayangkan emak dengan saya.

Bila saya dah bersekolah, saya tak tahu nak buat kerja sekolah, saya Tanya emak, emak boleh tolong sikit-sikit je sebab emak sekolah sampai sekolah rendah je tapi emak suruh saya belajar tinggi-tinggi supaya nanti saya boleh tolong emak.
waktu saya kecil dulu, saya suka merajuk sambil tu saya tanya mak saya “Emak, sayang adik tak?”. Emak jawab, “mana ada emak yang tak sayangkan anaknya”.
Sekarang umur saya 18 tahun. Saya merupakan anak yang bongsu, ada yang kata saya anak manja tapi tidak sebenarnya. Emak dan abah akan bagi apa yang saya minta , setiap keperluan saya dipenuhi. Allah juga yang mencukupkan hamba-hambaNya. Saya belajar erti syukur. Tapi bila saya tak peroleh sesuatu saya tidak pula ralit sebab “ orang mukmin itu apabila dia mendapat seseuatu dia akan bersyukur, apabila dia memperoleh kekurangan tidak pula ia marah dan sebaliknya redha serta sabar”.



Emak seorang yang tabah. Seorang wanita yang taat dan setia terhadap suaminya.Rasulallah pernah bersabda , sekiranya aku menyuruh wanita itu sujud aku akan menyuruh mereka sujud dikaki suami mereka. Sebabnya suami itu pemimpin yang menggalas tanggungjawab yang berat. Abah seorang yang garang dan tegas. Setiap kali abah marah, emak tak pernah nak menjawab, emak diam dan emak seorang wanita yang tidak suka memburukkan orang lain terutama di khalayak ramai. Emak seorang ibu yang prihatin, kasih akan anak-anaknya, tidak pernah membezakan anak-anak yang lain. Dikandungnya kami selama 9 bulan , disusuinya kami adik beradik. Emak pernah mengandung , lepas tu anak emak meninggal dalam perut, bila saya dengar cerita emak, jauh dalam sudut hati saya ,saya tahu emak sedih. Anak-anak merupakan hadiah dari Allah sekaligus penawar hati untuk wanita yang bergelar ibu.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Luqman ayat 14



Seorang emak boleh jaga 7 orang anak tapi 7 orang anak tak semestinya boleh jaga seorang ibu.
Oleh itu, hati disapa keinsafan untuk menghargai emak, jasa dan kasih sayangnya tak terbalas. Saya seorang anak perempuan , orang kata doa anak lelaki lebih cepat makbul tapi saya simpan azam dalam diri saya, sekiranya diizinkan Allah, saya mahu jadi pelindung ahli-ahli keluarga saya dari azab neraka.

Ada kisah, saya terasa hati dengan emak. Agak berhari kami tak bercakap,saya agak berkecil hati . saya pergi sekolah dengan riak muka yang biasa, bila balik sekolah saya terus masuk bilik. Waktu ketika itu ibarat menjadi anak derhaka tapi emak tetap kisahkan saya,jaga makan minum saya. Saya berdoa supaya Allah ampunkan dosa saya ini. Waktu tingkatan 3 , hari pohon restu untuk ibu ayah, abah takde waktu masa tu, mak je ada. Saya ingat lagi saya minta maaf dengan emak sungguh-sungguh. Emak menangis, saya pun menangis. Emak selalu doakan kejayaan, kebahagiaan anak-anaknya.

Emak seorang yang taat pada Allah. Tak pernah saya tengok emak tinggal solat. Sebab saya tahu sesuatu, emak meletakkan Allah sebagai tempat pergantungannya bukan manusia lain. Kadang-kadang tu saya tengok air mata mak mengalir. Bagi emak, yang paling kuat pertolongan,bantuan dan ketenangan adalah dengan dekat dengan Allah, sebab tu mak baca al quran hari-hari. Tak macam anak-anak emak . Emak sabar dan terus mendoakan anak-anaknya.



Emak seorang surirumah tangga yang teramat hebat dimata saya. Macam-macam emak buat, jahit baju, masak, kemas rumah, pergi amanah ikhtiar, kadang-kadang bermarhaban,berzanji,berkompang ,macam-macam lagi. Waktu kecil, kalau kampung buat rombongan,emak akan bawa saya dengan kakak saya sebab kami sama-sama budak-budak lagi. Semua kerja mak buat. Hebatkan?


Emak seorang yang menjaga diri dan cinta akan suaminya. Waktu abah meninggal, emak tak menangis teresak-esak depan kami tapi dihadapan seorang opah saudara saya ,emak cakap dengan lirih yang abah dah pergi. Waktu tu saya sangat tersentuh. Saya tahu, emak dah kehilangan seorang suami,pendampingnya didunia. Tapi emak tetap sabar. Emak kuat, sebab kami anak-anak.
Lepas abah meninggal, saya tinggal dengan emak. Masa saya lebih banyak duduk luangkanmasa, sembang-sembang dengan emak. Ada hikmah juga saya tak duduk asrama. Saya ingat lagi emak tak bagi saya masuk kelas agama , mula-mula saya desak nak masuk tapi tak dapat juga. Hikmah emak larang masuk kelas agama, kelas agama itu tak sepenuhnya menerapkan tarbiah tapi sekadar pelajaran akademik bahasa arab. Tapi yang terjadi pada saya lain, saya dapat tarbiah walaupun caranya agak berlainan daripada pelajar yang belajar di sekolah atau kelas agama.Alhamdulillah. Allah beri teguran kepada saya dengan menjadikan emak sebagai asbabnya. Lepas abah meninggal saya istiqamah tutup aurat , supaya abah dan emak takkan terkena bahang api neraka sebab saya sayangkan emak abah saya. Saya tahu saya manusia biasa, bukan anak yang solehah tapi saya akan usaha sebab itu lebih baik daripada kelak saya mati saya tak berbuat apa-apa.



Barangkali kamu sangkakan baik itu, buruk bagi kamu, dan yang kamu sangka buruk itu, merupakan kebaikan bagi kamu. Ayat dalam surah al Baqarah.

Emak juga manusia biasa. Kerap terluka hatinya, tapi seperti saya cerita emak seorang yang tabah. Kasihnya seorang ibu itu sehingga tidak sanggup untuk anak-anaknya susah.
Saya nak beli sesuatu tapi waktu tu emak takda duit, jadinya saya cakap pada hati lain kali pun boleh beli. Lepas tu emak dah ada duit,mak belikan saya barang tu.
Kasih sayang bukan sekadar dari material. Walau hati emak terasa dengan anak-anak tapi terasa emak tak pernah lama. Tak macam anak-anak, ada yang sanggup berdendam. Nauzubillahminzalik. Antara tanda-tanda hari kiamat apabila seorang perempuan melahirkan tuannya. Sepatutnya aku merenung, wajarkah aku menafikan hak ibuku sebagai pendamping anak-anak yang setia? Sama sekali tidak.


Saya menulis kerana salah satu cara saya luahkan sayang saya terhadap emak. Emak mungkin tak membaca apa yang saya tulis sebab emak tak tahu buka computer. Sebelum pergi mana-mana saya akan cium pipi emak, lepas tamat perbualan kami dekat telefon, saya akan cakap saya sayang mak. Sebab I really mean it. Saya cuma nak jadi hamba Allah yang bersyukur. Apa yang saya buat masih tak cukup untuk balas balik pengorbanan yang emak buat. Saya percaya hukum karma, saya percaya takdir Allah. Niat menulis sekadar untuk jadi peringatan buat saya yang alpa, menghargai seorang wanita bergelar ibu.

Pernah saya terfikir, kalau emak sudah tiada, baru nak cari emak padahal waktu hidup taknak pun jumpa emak,baru nak rindu, baru nak kesal sebab tak sempat minta maaf pada emak. Nasihat Luqman terhadap anaknya” wahai anakku sayang,berbuat baiklah terhadap ibu dan ayah”.

Emak sayang anak emak, emak sayang menantu emak, emak sayang cucu emak. Emak selalu disisi saya waktu macam-macam masalah yang melanda, macam mana masalah dengan kawan-kawan saya, betapa tergurisnya hati saya. Emak beri nasihat kepada saya, temankan saya. Emak antara pillar strength saya selain Allah dan Rasulallah saw.
Bila Allah menyapa lembut hati ini dengan hidayahNya, hati ini sedar agar menghargai manusia-manusia sekeliling.


Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang dikehendakkiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah pertunjuk (kepada memeluk Islam). Al Qasas ayat 56.,



Hadis Qudsi
“ hai cucu Adam ! Janganlah engkau melambatkan taubat, memanjangkan angan-angan dan kembali ke Akhirat tanpa amal . Berkata bagai abid namun berbuat seperti orang munafik. Jika diberi tidak menerima. Jika tidak diberi tidak sabar. Suka orang soleh tetapi tidak termasuk mereka. Benci orang munafik tapi dia termasuk mereka. Dia perintahkan kebaikan tapi tidak melakukannya. Dia melarang kemungkaran namun tidak meninggalkannya.

Buat emak tersayang Puan Jamaliah binti Asri, she is the great mother, bidadari hati, penyejuk dan pendamai mata bahkan kalbuku...


Untuk anak-anak semua ,hargai ibu anda, kerana nilai seorang ibu tak ternilai kerana pengorbanannya bahkan tempatnya disisi Allah dan Rasulallah saw dalam syurga yang mengalir sungai dibawahnya....

Wallahualam bissowab.

Satu Penghijrahan

Pada saat khalifah Umar Bin Abdul Aziz menjadi pemerintah, baginda memerintahkan seseorang untuk membeli sehelai baju untuknya denggan wang sebanyak lapan dirham. Utusan itu kemudian pergi dan setelah beberapa saat, ia kembali dengan membawa baju yang dibeli. Umar Ibnu Abdul Aziz meletakkan tangannya di atas baju yang baru dibeli itu sambil berkata:” Alangkah lembut dan bagus baju ini!” Lelaki yang membelikan baju itu tersenyum dan Umar kepadanya:”Mengapa engkau tersenyum?” Dia menjawab :”Kerana engkau,wahai Amirul Mukminin, sebelum menjadi khalifah ,engkau pernah memerintahkanku untuk membeli kain sutera .Ketika aku membelinya dengan harga seribu dirham ,dan engkau merabanya dengan tanganmu, engkau bersungut:” Alangkah kasarnya kain ini! Tetapi sekarang engkau merasakan lembut pada kain yang hanya lapan dirham.”

Umar berkata:”Aku tidak boleh menganggap orang yang membeli sehelai kain berharga seribu dirham memiliki rasa takut kepada Allah.” Kemudian dua berkata:” sesungguhnya aku memiliki jiwa yang selalu ingin naik ke tingkat yang lebih tinggi. Setiap kali aku meraih sesuatu kedudukan , aku ingin yang lebih tinggi daripada itu, aku telah diangkat menjadi gabenor, aku pun ingin menjawat jawatan sebagai khalifah. Kemudian aku diangkat menjadi khalifah, aku pun ingin meraih yang lebih agung daripada itu, iaitu syurga.”

Aku terlihat sesuatu dalam peribadi Umar Ibnu Abdul Aziz ini.....
sentiasa menginginkan yang paling tinggi dalam setiap pekerjaannya ..

Jauh merenung, jauh aku memikirkan, hati sering disapa dengan teguran dari Allah secara lembut. Terkesan tapi aku takut sekiranya hati ini berubah kembali ...

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang dikehendakkiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah pertunjuk (kepada memeluk Islam). Al Qasas ayat 56.

Berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik hidayah. InsyaAllah,,

Rabu, 1 Februari 2012

Kata-Kata Hikmah.



· Nabi SAW bersabda ”Ada tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindungannya pada hari tiada lindungan lain kecuali lindungannya sahaja iaitu :- Pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah bertemu dan berpisah hanya keranaNya, seorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi lelaki iti menolak dengan berkata sesungguhnya aku takutkan Allah, seorang lelaki yang merahsiakan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain dan seorang lelaki yang duduk menyendiri munajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya.[Muttafaqun Alaih]

· Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.."*hassan banna*

Isnin, 30 Januari 2012

Setiap manusia itu ingin bahagia.

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum untuk sesiapa yang menjengah ke blog ini walaupun sebentar cuma. :)
Siapakah yang tidak pernah melakukan dosa? bahkan diri ini sendiri kerap melakukan dosa. Kerana aku bukan yang pakar dalam hal ehwal agama maka tulisan ini cuma sekadar peringatan buat diri sendiri yang alpa. Dalam sibuk mengejar keduniaan , akhirat dipinggirkan kerana matlamat yang utama ketika itu untuk menjadi seseorang yang terkenal. hebat dan kaya. Agak materialistik seketika bahkan ditambah dengan hambatan nafsu keadaan lebih jadi tidak terkawal. Tiba-tiba keserabutan, kehibaan , segala-gala keresahan menjadi satu bahkan seperti hilang punca.Ketenangan yang sepatutnya mendamaikan jiwa tak pernah kunjung tiba. Alahai galangnya hati.

Ayat-ayat Allah terngiang-ngiang di telinga, "setiap yang melakukan dosa apabila ia kembali meminta ampun terhadap Allah, maka Allah ampunkan." Ini kerana sifat Allah yang Maha Pengampun.

Kebahagian dimanakah engkau?

bahagia itu dari dalam diri


Kesannya zahir rupanya maknawi

Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati

Bertakhta di kerajaan diri

Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa

Mahkota di singgahsana rasa

Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah

Bila miskin syukur pada Tuhan

Bila sakit tiada resah di jiwa

Bukankah Tuhan telah berfirman

Ketahuilah dengan mengingati Allah

Jiwa kan menjadi tenang


Kebahagiaan itu suatu kesyukuran

Bila kaya jadi insan pemurah

Bila berkuasa amanah

Bila berjaya tidak alpa

Bila sihat tidak lupakan Tuhan


Hakikatnya bahagia itu

Adalah ketenangan


Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti

Maksud terseni Ilahi

Itulah zikir yang hakiki


Hakikat Bahagia: UNIC.



Khamis, 24 November 2011

Kisah author kesukaanku..

Dr Ala' Hilat pernah bercerita di dalam kelas berkenaan 'Cinta Sepenuh Hati'.
---------------------------------------
Seorang lelaki, jatuh hati pandang pertama kepada seorang wanita di universitinya. Kerana cinta yang sangat mendalam, terus lelaki itu pergi melamar perempuan tersebut dengan bertemu bapanya.

Memandangkan lelaki itu pelajar, dan tidak pula punya harta yang banyak, Sang Bapa keberatan untuk menerima. Tetapi lelaki itu berkata:

"Saya mencintainya sepenuh hati. Apa sahaja sanggup saya lakukan, asal saya dapat berkahwin dengan dia. Saya sanggup gadaikan segalanya."

Bapa perempuan: "Benar?"
Lelaki: "Iya."
Bapa perempuan: "Jadi, maharnya adalah sekian-sekian(harga yang teramat mahal). Tetapi kerana engkau pelajar, maka aku anggap itu sebagai hutang. Bayar semula ketika engkau sudah mula bekerja."
Lelaki(dengan nada tersangat gembira): "Baik!"

Maka mereka berkahwin. Pada awalnya kelihatan indah. Tetapi kerana lelaki tersebut tiada wang, hidup mereka susah. Perempuan itu pula akhirnya selalu merungut. Kecantikan wajahnya hilang ditelan akhlak buruk. Lelaki itu pula tidak mendapat kerja yang bergaji besar. Hanya bergaji sederhana. Tidak mampu memberikan kemewahan kepada isterinya.

Saban hari rungutan isteri semakin kasar dan mula ditambah dengan cercaan dan makian. Lelaki itu mula merasa hidupnya penuh derita dan kesukaran. Tiada cinta dan kasih sayang dalam keluarganya. Akhirnya si isteri menuntut cerai, dan mereka berpisah. Dalam keadaan, mahar si lelaki masih perlu membayar mahar isterinya yang merupakan hutang.

Hiduplah lelaki itu dengan kehidupan yang sempit. Saban bulan gajinya dipotong hingga menjadi sedikit untuk melunaskan hutangnya, dan dia hanya hidup seperti layaknya orang miskin.
-----------------------------------------------

"Maka aku mengingatkan kepada kamu anak-anak muridku yang aku kasihi, tiada cinta sepenuh hati, melainkan kepada Ilahi. Engkau tidak akan tahu bagaimana perempuan atau lelaki yang akan engkau kahwini itu. Dan ketahuilah, sesungguhnya apabila engkau mencintai sesuatu melebihi Allah SWT, maka Allah SWT akan mengujimu dengan perkara itu."

ps: Kadang-kadang, kita ini senang mencintai sesuatu, melebihi cinta kita kepada Allah SWT.

Terjumpa sesuatu yang menarik. Sembang-sembang dua sahabat.

Sahabat A: "Aku dengar, perempuan yang kau sangat cintai itu tak balas cinta engkau."
Sahabat B: "Ya."
Sahabat A: "Tapi kenapa aku tengok engkau tidak bersedih pun?"
... Sahabat B: "Buat apa aku nak bersedih? Aku hanya kehilangan orang yang tidak cintakan aku. Tetapi dia kehilangan orang yang benar-benar mencintai dirinya."

-- Hilal Asyraf

Memandang sejenak impian yang belum tergapai










Seandainya kamu bertawakal sungguh-sungguh kepada Allah,nescaya Allah akan memberi rezeki kepadamu sebagaimana burung yang keluar pagi dengan perut kosong dan kembali senja hari dalam keadaan kenyang. Hadis riwayat Tirmidzi.
Konsep rezeki meluas. Rezeki yang berbentuk material mahupun berbentuk rohaniah. Allah itu Maha Adil. Termangu seketika memikirkan yang akan dihadapi selepas ini. “yesterday is history, tomorrow is mystery and today is a gift.
Ada cita-cita tak?. Mestilah ada. Apa dia?. Saya nak jadi wanita solehah. Semua orang nak jadi solehah. Macam mana ciri-ciri wanita solehah? Taat pada tuhannya,berbuat baik pada ibubapa dan patuh akan suaminya. Sebelum berkahwin syurga saya dibawah tapak kaki ibu, selepas menikah syurga saya dibawah suami saya. Syurga ialah tempat untuk isteri-isteri yang diredhai oleh suami. Awak tak sabar nak kahwin ke? Asyik bicara pasal rumah tangga sahaja? Tergelak seketika. Tidaklah ,Cuma menambahkan ilmu pengetahuan,bekalan untuk masa hadapan kelak. Siapa yang tidak ingin untuk dipimpin oleh imam masing-masing tetapi sebaik-baik pimpinan ialah pimpinan iman dan ketaatan pada Allah. Cukup taat sudahkah pada Allah? Terdiam lagi, saya cuba sedaya upaya untuk melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Wanita ini antara majority yang memasuki neraka. Ya, saya tahu. Wanita ini punya kelemahan terutama pada lidahnya. Aku tunduk dan menjawab,ya saya tahu. Saya mungkin tergolong dalam kalangan itu,tapi saya tidak mahu menjadi ahli neraka. Saya mahu menjadi antara golongan kanan kelak,saya ingin menatap Allah dan rasul saya dengan senyuman. Dan saya nak bertemu dengan orang yang saya cintai disyurga.
Pertama, saya nak jadi anak yang menyayangi ibubapanya dan menjadi penyelamat ibu ayah diakhirat walaupun saya anak perempuan. Saya sayang ibu ayah saya yang memberi kasih sayang lebih daripada yang diperoleh rasulallah saw yang tak pernah mendapat nikmat kasih sayang bonda dan ayahanda baginda.
Kedua ,saya nak jadi isteri yang patuh. Saya nak mencintai suami saya selepas Allah dan rasul. Saya bukan mencari suami tetapi saya mencari ayah kepada anak-anak saya. Menjadi zaujah mahbubah ibarat Siti Khadijah,sentiasa menemani suami ketika susah dan senang, menerima kekurangannya sebagai kelebihan , dan kelebihannya untuk mendidik anak-anak kami.
Ketiga,saya nak jadi seorang ummi yang kasih akan anak-anaknya. Mungkinkah saya mampu menjadi setabah Rumaisa? Kehilangan anak masih mampu untuk cekalkan hati. Anak-anak akan menjadi penyelamat saya dan suami ketika diakhirat nnanti. Saya mahu didik anak-anak dengan kecintaan pada Islam dan saya mahu anak-anak menjadikan Rasulallah saw sebagai idola dan Allah yang kekal dihati.
Hari perkahwinan saya nanti akan munculkah? Saya teringin untuk menyarungkan sepersalinan pakaian pengantin putih hasil tangan emak tercinta, sambil memakai hijab tunduk pada yang Esa. Menanti lafaz nikah diucapkan tanda menjadi hak milik yang bergelar suami atau mungkinkah saya akan menyarungkan pakaian yang lapisan terakhirnya merupakan telekung putih pemberian emak sambil menanti talkin dibaca.wallahualam .
Bercinta memang mudah tetapi untuk mendapatkan cinta yang suci begitu banyak yang perlu ditempuh. Islam mengajar untuk bertaaruf apabila menyukai sesuatu pihak. Berkenalan dan mungkin mengikat tali pertunangan ,tempoh pertunangan bukanlah tempoh untuk mengenali pasangan sepenuhnya tetapi memberi peluang untuk berfikir mungkinkah dia pasangan yang sesuai. Sekiranya tidak ,pertunangan boleh dibatalkan dan hubungan kekeluargaan masih mampu untuk tetap dieratkan. Perumpamaan tiada jodoh tidak boleh memutuskan hubungan silaturahim kekeluargaan. Serta haram untuk lelaki lain meminang wanita yang sudah dikhitbah oleh lelaki lain.
Manusia memang suka bila bicara bab cinta. Saya pernah jatuh cinta tapi masa memperbaiki pandangan saya mengenai cinta. Cinta hanya pada yang hak, saya pernah menyukai lelaki lain tetapi tidak bermakna saya serahkan seluruh jiwa dan raga saya untuk perkara yang sia-sia. Saya cuma menanti hari dimana Allah temukan saya dengan yang selayaknya. Mungkin akan bertemu, mungkin juga tidak.. apapun setiap yang terjadi terkandung hikmah. Kalau sayang, sungguh-sungguh sayang dengan menjadi pelindung pada pasti miliknya. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan wanita yang berzina untuk lelaki penzina.
Pesanan pada diri dan bakal teman hidupku yang ku tak ketahui.. tuntutlah ilmu, perbaiki peribadi , jadilah manusia yang hebat. InsyaAllah ,Allah suka. Nabi pun suka, yang lain bertambah cinta. Sekian.