Rabu, 16 November 2011

Ana mahu antum membacanya

Saya banyak jadi mangsa ideologi cinta yang bukan-bukan.
Sebab itu saya suka membersihkan cinta.
Saya banyak jadi mangsa orang-orang tua yang tidak sedar diri.
Sebab itu saya suka menyedarkan akan hakikat umur tidak membawa makna.

Tetapi bukan mudah membelah arus.
Ada masa saya dizalimi, tetapi bila membela diri, saya dipanggil kurang ajar, keras kepala dan sebagainya. Ada masa saya benar, tetapi bila menyatakan kebenaran, dikata berlagak, angkuh, takabbur dan sebagainya.

Tetapi apakah yang saya peduli?
Saya tetap bergerak dan merempuh arus yang ada.
Kalaulah di dunia ini saya tidak memenangi,
saya sentiasa yakin Mizan Allah nanti ada untuk mengadili saya dan mereka.
Kalau saya salah, saya ke nerakaNya.
Kalau saya benar, saya akan memandang mereka dilempar ke dalamnya.
Allah jugalah sebaik-baik pemisah,
dan kepadaNyalah saya berserah.

hari ini Dr Abdullah Juyushi meninggal dunia. Saya jadi teringat dengan apa yang Dr Ala' Hilat kongsikan pada semester dua, tahun lepas.

"Bapaku ada sengketa dengan jiranku. Hinggalah satu hari, jiranku meminta maaf. Tetapi bapaku berdiam diri, kerana terluka dengan sikapnya. Lantas tidak memaafkan. Aku melihat kepada bapaku itu, dan mengambil peluang untuk duduk berdua bersamanya.

Aku berkata: Wahai bapa, mengapakah engkau tidak memaafkannya?
Bapa aku menjawab: Sesungguhnya aku terluka, dan benci akan sikapnya.
Aku berkata: Wahai bapa, bukankah dia telah meminta maaf. Apakah engkau ingin dia mati, na'uzubillahiminzalik, dalam keadaan engkau tidak memaafkannya, dan nanti engkau akan rasa bersalah dalam hidupmu kerana tidak memaafkannya? Dan bagaimanakah engkau hendak bertemu dengan Rabbmu Yang Maha Pemaaf itu, jika engkau mati dalam tidak memaafkan orang yang memohon maaf?

Bapa aku terkejut dan berkata: Mengapakah aku tidak terfikir sedemekian wahai Ala'?

Lantas bapaku bertemu dengannya, dan memaafkan. Mereka bertangisan, dan saling berpelukan. Nyata lelaki itu menyesal, dan nyata bapaku kelihatan lebih ceria selepas memaafkan.

Satu hari, tidak lama selepas itu, aku pulang lagi ke rumah. Seluruh rumah seperti dinaungi mendung. Aku bertanya kepada Ibuku: Apakah yang telah berlaku?

Ibuku berkata: Sesungguhnya jiran kita itu baru meninggal tadi. Dan bapamu menangis tidak berhenti semenjak tadi. Naiklah wahai Ala', dan tenangkanlah bapamu itu.

Aku naik, dan bertemu bapaku. Bapaku masih menangis hiba. Bila melihatku, terus dia berkata: Wahai Ala', kalaulah bukan kerana nasihat engkau tempoh hari, nyata aku adalah yang akan menjadi manusia paling menyesal pada hari ini."

Mati, tidak tahu bila.
Selesaikanlah urusan.
Hiduplah dalam kesederhanaan.
Ada peluang memberikan kemaafan, kita beri.
Ada peluang memohon kemaafan, kita mohon

Sabtu, 29 Oktober 2011

DAKU MENGHARAPKAN SATU PENGERTIAN

Bismillahirahmanirahim.
Permulaan hari ini dimulakan dengan seusai solat subuh. Sebelum itu melakukan solat sunat subuh kerana Rasulallah pernah berkata solat sunat subuh lebih baik daripada isi dunia. Alhamdulillah hari ini masih lagi diberi kesempatan menghirup udara di Bumi Wadud ini. Setiap hari dimulakan dengan tahmid kesyukuran dalam kehidupan. Entri kali ini lebih kepada mengharapkan pengertian dari seseorang yang bergelar hamba. Kadang kala iman ini sentiasa meningkat , kadangkala iman ini menurun , maka pengertiannya kita manusia yang mampu menjadi lebih baik daripada malaikat, menjadi lebih jahat daripada syaitan.

Dalam satu perhubungan antara manusia , banyak yang sukar untuk ditafsirkan kerana banyak hijab yang menghalang, perihal hati, perasaan serta perangai. Manusia punya ego yang sendiri. Bisa buat teman jadi selesa, tapi kadang-kadang begitu menyesakkan. Namun begitu Allah memberi teman sebagai nikmat bersaudara kepada kita, wajarlah kita bersangka baik sesama kita kerana selemah-lemah iman dan ukhwah itu adalah bersangka baik antara satu sama lain. Saya minta maaf buat teman-teman yang terguris hati atas setiap perbuatan yang saya ketahui mahupun tidak. Hati ini memginginkan yang terbaik untuk setiap kita. Mahukah kita jadi teman yang berbantah-bantahan di akhirat kelak. Sama sekali tidak.

Perhubungan manusia dengan Allah melakarkan sebuah hubungan yang amat –amat harmonis, hubungan yang mengeratkan jiwa nurani, hubungan yang menjamin kekalan yang abadi..
HABLUMINALLAH. Saya bukan manusia yang terbaik, saya juga mungkin tidak sesolehah mana, tapi jiwa saya meronta untuk mengikut fitrah saya iaitu Islam. Alangkah bertuannya saya lahir-lahir terus menjadi islam , malahan saya diberikan ilmu pengetahuan untuk mempraktiskan islam dalam kehidupan. Memetik kata-kata ustaz Don Danial , roh kita, fitrah kita memerlukan Islam. Islam is too beautiful, but some people not aware of this. Rasa kasih, rasa cinta, rasa marah , Allah adunkan dalam kehidupan ini agar nampak lebih mencabar, dan cabaran itulah yang menguatkan sistem ketahanan iman kita.

Baru saya ketahui dan saya rasakan yang dunia ini tidaklah seindah mana, seindah-seindah perhiasan dunia ialah wanita solehah. Tapi saya bukan ingin bicara kan mengenai wanita solehah pada ruangan ini tapi saya ingin menceritakan keburukan dunia. Dunia tempat manusia berbuat maksiat dan kemungkaran, dunia ini busuk dan lebih teruk daripada segala jenis kekotoran. Rasulallah berjalan bersama sahabatnya, mereka melalui bangkai kambing ditepi jalanan, bau yang amat busuk menebak ruang pernafasan setiap mereka… Rasulallah saw berkata : dunia ini lebih busuk berbanding bangkai kambing itu. Dunia ini amat-amat menakutkan tetapi dunia ini sebagai medan ujian untuk orang-orang mukmin.

KEHIDUPAN INI DUNIA IBARAT SEORANG PERANTAU
Daripada Abdullah bin Umar r.a. berkata : Rasulallah s.a.w memegang bahuku seraya berkata : jadikanlah diri kamu di atas dunia ini sebagai perantau atau pengembara . Ibnu Umar berkata : jika kamu berada pada waktu petang jangan kamu tunggu menjelangnya waktu pagi, apabila kamu berda diwaktu pagi janganlah kamu tunggu menjelangnya waktu petang, gunakanlah peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu.
(Riwayat Al-Bukhari)

Sabtu, 22 Oktober 2011

Hadiah untuk kita,

Bismillahirahmanirahim.

Segala puji-pujian hanya untuk Allah ,tuhan sekalian alam.... Tahmid panjang...Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....

Subhanallah, maha suci Allah,.. maha suci Allah.
Buat ibu yang mengasihi diri kita, buat ayah yang melindungi keluarga, buat ahli-ahli keluarga yang memberi kasih sayang sesama kita, buat guru-guru yang mendidik kita, buat sahabat-sahabat di kala senang dan susah....Terima Kasih Ya Allah. Paling aku berterima kasih Kau turunkan Muhammad saw menjadi rasul dan kau pilihku untuk menjadi hambaMu yang terpilih. Memilih Islam sebagai pegagangan dan petunjuk. Aku ini kosong tanpa nikmat dan kelebihan yang Kau berikan. Mampukah aku hidup sehingga kini andai tiada rahmatMu.

Aku tersenyum, aku kesedihan, aku kegembiraan , aku jatuh, aku lelah, Kau sentiasa disisi, ketika Kau uji aku dengan dugaan dalam berteman dengan manusia , aku belajar bahawa teman setiaku ialah Kau. Lantas wajarkah aku menyekutukan Kau..

Hadiah tak ternilai ialah kasih sayangmu... antaranya ibubapaku, sahabat-sahabatku.... syukran,,, aku yang lemah, aku yang hina, aku yang tiada apa-apa...asal dari tanah....asal dari tempat yang kotor ...menjadi khairun ummati.... siapalah aku tanpa anugerah dariMu...


Selasa, 28 Jun 2011

JOM MUHASABAH SAHABATKU.

Bismillahirahmanirrahim....Assalamualaikum....buat teman, buat sahabat, buat kekasih abadi, buat semua mukmin dan mukminah....

Rasanya seperti didalam keadaan yang agak genting bila kita sendiri yang kerap menafi apa yang dilalui...dan aku percaya setiap dugaan pasti ada hikmah. Setiap yang terjadi dalam kalangan kita pasti punya asbab yang tersendiri. Hadis ada menyatakan Tidak dikatakan seseorang itu beriman sebelum mencintai saudaranya yang lain.... Andai aku mulakan sesuatu yang kurang senang aku akan akhrkan sekarang juga dengan warkah media yang punya seribu satu keampunan buat teman-teman....l maaf...ana asif ...ana asif.....

Bila makin dalam makin banyak hati-hati yang kian luka..bukan luka dek kita tp dek peranan syaitan yg kerap menghasut agar kita berburuk sangka.... sedngkan aku cuma mahu berbaik sangka pd kalian...sahabat separuh jiwa...tp itulah sahabat keimanan..mungkin aku kerap jatuh, kerap terasa hati tapi aku pasti bangkit...bangkit memburu kasih sayang, redha illahi... dan wasilahnya adalah kamu semua.....

mungkin lebih enak tidak berbicara tp hati yg gusar....hati bagai mahu pecah melihat keadaan yang membikinkan lelah bagai tak sudah...jadi mana penamatnya......sebelum rebah aku mahu...tetap berdiri megah..agar aku dapat tunjukkan kawan2 aku lebih hebat dari pengkhianat , lebih hebat dari mendengar hasutan syaitan yg memporak perandakan kita...

SPM.. Sahabat...Spm....Mana mahu campak kepala ini..usaha tak bermula....masih di takuk lama....Namun, detik ini.........BERUBAHLAH SEBELUM REBAH...(Ayat pengetua)...But what he told is right...Brsangka baik...bersangka baik....bersangka baik......

ana muhibbu antum....

kita buang yang keruh, kita ambil yang jernih, baru bersih peribadi...
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sahabat sejati.....

Sabtu, 25 Jun 2011

KeSaYANgAn AkU...

YA RABB..
ya ALLAH kurniakanlah
kefahaman,kejelasan,keyakinan,kepintaran...kekuatan serta ketenangan jiwa kepada sahabat2 ku ini...YA allah limpahkanlah cintamu dan rahmatmu kepada sahabat2ku ini..
yaALLAH jgan KAU sempitkan dia dgan belenggu msalah...
jgan KAU hukum dia kerana kkurangan dn kelemahn yg ada pd drinya...
permudahkanLAH urusan sahabat2ku ini ya ALLAH.....
yaALLAH tempatkanlah sahabat2ku ini dlam di kalangan kekasihMU...
tinggikanlah darjat sahabat2ku ini dlam ketaqwaan,keimanan..
redhailah sahabat2ku ini duniawi wa ukhrawi...
kerana aku amt mngasihi sahabat2ku ini...
bahkan aku redha trhadap drinya....
yaALLAH...
ampunkanlah dosa hamba-MU ini...
pandulah cintaku ke arah redha-Mu..
cintakanlah aku kepada sseorg yg mencintai-Mu..
hakikatnya diriku dan dirimu..
punya satu misi yg sama...
memburu cinta dan redha ALLAH,Tuhan yg satu!
sahabat mahukah engkau brjanji pdaku.
bimbinglah daku sahabtku...
agr dri ini tdak trsungkur di jalan yg salah...
bukan bermakna dri ini tdak percya pd ALLAH..
ttp krana itulah shabt dicipta..
sebagai pnguat dan pmberi psan kpda dri ana...
berjanjilah sahabat..
peganglah islam...
walau drita mnghambat...
kerana di sana trsedia syurga......
....


bISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...
dah hampir untuk spm...exam midyear pun dah lepas tp sedikit sebanyak timbul rasa sedih dan menyesal..mungkin sbb tak sebijak yg lain...mungkin sbb shbatku kurang perhatian dgnku...mana la kita tahu hati manusia tapi aku tetap dgn aku..tetap sayang walau dalam hati ...Allah yg tahu..

Sabtu, 28 Mei 2011

Holiday is coming...and lets having an imtihan....

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum. Hari ini aku tiba di Kuala Lumpur. Dari Lintang hingga ke sini ambil kontrak basuh pinggan. Fuh, hebat. Junpa saudara mara, sepupu sepapat. Alhamdulillah, Allah jalinkan ukhwah antara kami dengan sebaik mungkin.Syukur Alhamdulillah dan kepada Allah aku pulangkan semula. Tanpa Dia, bagaimana kami ini bersama, bertemu dan beramah,Semua atas izinNya. Mungkin bukan rezki aku pergi ke kem addmath tapi Allah kan dah sediakan sebaik-baik kemungkinan dan hikmah yang penting hanya percaya pada Nya sahaja.

Jumaat, 20 Mei 2011

LoVe .. mahabBaH..

Nothing much can i said...just to be me.. jadi anak solehah, zaujah mahbubah, ummi solehah....my dream....but if die before do that alls...redha dan ada yang lebih baik.....