Bismillahrahmanirahim
macam mana kau tahu kau telah matang dlm cinta ?
pengalaman mematangkan kita...huhuhu
no la, mencintai seseorang tak bermaksud kita akan memiliki dia bukan?
mencintai seseorang membutuhkan satu pengorbanan... dan mencintai Allah memerlukan pengorbanan dalam mengorbankan keinginan nafsu ... dan pengorbanan dalam mencari dan menggapai cinta Allah lebih diutamakan.
jatuh cinta biarlah berpada.
jatuh cinta jangan sampai merana.
jatuh cinta biarlah bersederhana agar nanti tidak ada yg kecundang mahupun kecewa menanggung rasa terseksa.
kata hati
rasa cinta makin bertambah-tambah dalam sanubari
namun kata akal
hati dan cinta ini juga mampu menjurus kepada perbuatan yg kurang wajar.
sebab aku juga pernah tersungkur.
dalam menjalani erti kehidupan, cinta amat penting.
kerana cinta kita tidak keseorangan
kerana cinta memberi kekuatan
kerana cinta menghidupkan hati yg subur.
hati aku sendiri sukar untuk aku tebak..
hati seorang perempuan...
dan aku sgt mengetahui ada susuk-susuk muslimah yg begitu menjaga cinta..
bagaimana dengan aku?
tidakkan aku menjaga cinta hatiku?
aku belajar sesuatu perkara,
cinta mematangkan manusia...
cinta mematangkan manusia yang sedaya upaya mengambil ibrah setiap apa yg terjadi..
cinta ... cinta dan cinta
cinta yg merupakan fitrah semula jadi
cinta juga menyesakkan dada bagi mereka yg bercinta tanpa panduan cinta yg telah ditetapkan...
cinta membentuk peribadi..
kerana cinta Umar kepada Islam
cinta Umar kepada Allah
cinta Umar kepada Rasul saw
seorang yg keras hatinya bertukar menjadi seorang hamba yg paling tawadhuk, yg paling tunduk, yg tidak gentar terhadap musuh Allah
kerana cinta kepada Allah, Rasul dan Islam, Umar Abdul Aziz membuka Kota Constatinople
kerana cinta kepada Allah, Rasul dan Islam ,Salehuddin Al Ayubi menguasai kembali Baitul Muqaddis.
dan aku? bagaimana aku? apakah erti cintaku?
aku sendiri tidak pasti... yg hanya aku mahukan ialah aku ingin mencintai setiap perkara dengan tahap kematangan yg berpandukan panduan yg benar.
walau aku sendiri mengakui aku juga sering silap menilai cinta...
walaupun cinta telah kuurai dan kuterang dengan panjang lebar
namun tanpa kata-kata, cinta itu lebih indah
kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta
dlm mguraikan cinta
akal berbaring tak berdaya
hanya lah cinta yg benar mampu menyedarkan kita...
~madah bercinta pulak malam ni~