Assalamualaikum untuk sesiapa yang menjengah ke blog ini walaupun sebentar cuma. :)
Siapakah yang tidak pernah melakukan dosa? bahkan diri ini sendiri kerap melakukan dosa. Kerana aku bukan yang pakar dalam hal ehwal agama maka tulisan ini cuma sekadar peringatan buat diri sendiri yang alpa. Dalam sibuk mengejar keduniaan , akhirat dipinggirkan kerana matlamat yang utama ketika itu untuk menjadi seseorang yang terkenal. hebat dan kaya. Agak materialistik seketika bahkan ditambah dengan hambatan nafsu keadaan lebih jadi tidak terkawal. Tiba-tiba keserabutan, kehibaan , segala-gala keresahan menjadi satu bahkan seperti hilang punca.Ketenangan yang sepatutnya mendamaikan jiwa tak pernah kunjung tiba. Alahai galangnya hati.
Ayat-ayat Allah terngiang-ngiang di telinga, "setiap yang melakukan dosa apabila ia kembali meminta ampun terhadap Allah, maka Allah ampunkan." Ini kerana sifat Allah yang Maha Pengampun.
Kebahagian dimanakah engkau?
bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
Hakikat Bahagia: UNIC.